Adakah perlu bayar deposit?
Tiada deposit. Hanya dua bayaran kecil: RM1 untuk pengesahan akaun semasa menghantar permohonan (tidak dikembalikan), dan processing fee RM50 semasa pemasangan, selepas permohonan diluluskan.
Untuk apa bayaran RM1?
Untuk mengesahkan akaun bank atau kad anda semasa menghantar permohonan. Jumlah ini tidak dikembalikan.
Adakah interest dikenakan?
Tiada. 0% interest. Anda hanya membayar mengikut jadual harga di atas.
Boleh mohon jika ada rekod CTOS atau senarai hitam?
Boleh. Bagi kes tertentu, penjamin boleh digunakan. Keputusan akhir dibuat oleh pihak pembiaya, jadi kami tidak dapat menjanjikan kelulusan.
Apakah dokumen yang diperlukan?
Salinan IC (depan dan belakang), swafoto memegang IC, bil utiliti (air atau elektrik), serta penyata bank atau slip gaji terkini. Jika rumah tiada nombor, sertakan gambar tiang elektrik terdekat.
Apa berlaku selepas permohonan dihantar?
HQ akan menghubungi anda dalam 1–2 hari untuk mengesahkan pesanan dan alamat. Jika panggilan terlepas, permohonan anda tidak ditolak. HQ akan cuba lagi, atau Alep akan mengatur masa yang sesuai.
Berapa lama untuk mendapat keputusan?
Pra-kelulusan biasanya dalam 2 hari. Keputusan penuh dalam kira-kira 3 hari selepas semua dokumen lengkap dan disahkan.
Bagaimana cara membayar ansuran?
Melalui JomPAY atau autodebit, yang dipilih semasa menandatangani perjanjian. Ansuran pertama bermula bulan selepas pemasangan.
Siapa yang layak memohon?
Warganegara Malaysia yang memiliki MyKad.
Adakah kawasan saya diliputi?
Pemasangan meliputi seluruh Malaysia. Kawasan pedalaman perlu disahkan terlebih dahulu.
Selepas 60 bulan, adakah aircond menjadi milik saya?
Ya, ini program sewa-milik. Selepas selesai bayaran mengikut jadual 60 bulan, aircond menjadi milik anda. Terma penuh dinyatakan dalam perjanjian.
Boleh mohon lebih daripada satu unit?
Boleh, tertakluk kepada kelayakan.
Bagaimana dengan servis?
5 kali sepanjang 60 bulan, iaitu setahun sekali. Peringatan akan dihantar apabila tiba masanya.
Apa yang termasuk dalam pakej, dan berapa nilainya?
Pemasangan standard (RM330, kadar caj rasmi Singer), 5 kali servis (RM660, ikut harga pelan servis Singer), waranti lanjutan 4 tahun (anggaran pasaran RM400) dan diskaun Easy Pay 6 RM120. Jumlah anggaran nilai RM1,510. Jika beli aircond jenama lain secara tunai, kos ini biasanya ditanggung sendiri. Nilai anggaran pasaran bukan harga rasmi.
Bagaimana jika aircond rosak?
Dilindungi waranti am 5 tahun dan kompresor 10 tahun. Tuntutan boleh dibuat melalui perunding atau terus dengan Samsung.